Bersenam, merokok dan meminum alkohol…di sinilah anda
boleh mengetahui semuanya tentang tabiat-tabiat ini.
MARI
KITA BERSENAM!
Seronok
Bersenam
Masa
senaman adalah masa untuk bergembira! Anda boleh berseronok
menaiki basikal, ‘roller-blade’, berjoging, bermain
bola sepak, sepak takraw, bola keranjang atau badminton.
Senaman
juga membakar tenaga berlebihan untuk membantu anda
menjadi cergas dan sihat. Ia mengekalkan berat badan
yang sihat. Ia baik untuk jantung dan otot-otot anda,
dan ia meningkatkan kelunturan anda. Senaman juga
menghasilkan bahan kimia dalam otak yang membolehkan
anda berasa gembira. Jadi jika anda perlu rehat seketika
daripada pelajaran anda, keluarlah bersenam, bersukan
dan berseronok!
Ingat
juga untuk melakukan gerakan memanaskan badan sebelum
bersenam dan gerakan mendinginkan badan selepasnya.
|
Jangan
Malas!
|
|
- Gunakan
tangga – anda akan mendapat senaman
dan anda tidak perlu membuang masa menunggu
lif!
- Berjalan
kaki – anda tidak perlu selalu menumpang
kereta ibu atau bapa jika tempat yang
anda ingin pergi tidak begitu jauh.
- Tolong
membuat kerja rumah – ibubapa anda akan
begitu gembira sekali jika anda membantu
mereka memotong rumput, mencuci kereta
atau mengelap lantai.
|
|