Tiada
Sarapan Pagi
Bangun
pagi-pagi…terpaksa tergesa-gesa ke sekolah pula! Anda
mungkin ingin tidur beberapa minit lagi, tetapi jangan
lupa makan sarapan pagi!
Dengan
bersarapan pagi, anda boleh melangkah ke kelas dengan
penuh semangat. Sarapan pagi ialah hidangan pertama
yang memulakan hari anda dengan tenaga dan zat-zat
penting. Tanpa sarapan pagi, anda mungkin kabur sepanjang
hari.
Enggan
Makan?
Adakah
anda sering enggan makan kerana berasa penat, cuba
mengurangkan berat badan atau tiada selera untuk makan?
Uh-oh,
itu tanda yang buruk. Badan anda akan terjejas jika
anda selalu enggan makan. Anda akan berasa kurang
bertenaga untuk berfikir, belajar dan bergiat aktif,
dan anda tidak akan mendapat nutrien-nutrien yang
boleh membantu badan anda membesar dan berfungsi dengan
baik. Dan jangan sekali-kali fikir bahawa ini adalah
cara yang baik untuk mengurangkan berat badan! Anda
akan berasa sangat lapar kerana tidak makan untuk
satu sajian, dan mungkin akan makan lebih banyak untuk
sajian berikutnya. Berat badan anda akan bertambah
lebih banyak.
Gemarkan
Makanan Segera
Anda
gemar melepak di restoran makanan segera, kan? Berhati-hati
dengan apa yang anda makan di sana! Terdapat sesetengah
makanan segera yang berlemak tinggi, tapi kurang zat
karbohidrat dan serat. Terlalu banyak makanan jenis
ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
Ia
boleh menyebabkan anda berlebihan berat badan, atau
obes. Ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit merbahaya
seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi
atau diabetes apabila anda meningkat usia. Penyakit-penyakit
seperti ini akan menghancurkan segala peluang anda
untuk menikmati kehidupan yang panjang dan sihat.
Ketagih
Snek
Adakah
anda selalu makan snek apabila melepak dengan kawan-kawan,
atau apabila menonton televisyen?
Tabiat
seperti ini mungkin menimbulkan pelbagai masalah.
Pertama sekali, anda mungkin terlalu kenyang (setelah
memakan snek-snek tersebut) hingga tidak dapat makan
tengahari atau makan malam yang sempurna.
Kedua,
ada sesetengah snek yang terlalu masin (seperti keropok
dan kentang goreng), terlalu manis (seperti jeruk
dan lolipop) atau terlalu banyak krim atau lemak (seperti
kek). Snek-snek seperti ini mempunyai kandungan kalori
yang sangat tinggi tetapi kandungan nutriennya sangat
rendah. Jadi, terlalu banyak snek-snek tersebut boleh
membesarkan saiz pinggang anda dan membawa petanda
B-U-R-U-K untuk kesihatan anda.
Memilih
Makanan Manis
Gula-gula,
coklat, aiskrim - wahlau, seronoknya! Tetapi anda
perlu menjaga berapa banyak yang anda makan, kerana
terlalu banyak makanan manis seperti ini boleh menjejaskan
kesihatan anda. Makanan manis terdiri daripada gula
ringkas, jadi ia mudah menyebabkan berat badan anda
meningkat. Snek manis dan bergula juga boleh merosakkan
gigi anda. Bayangkan diri anda dengan lubang-lubang
dalam gigi anda!
Makan
Lewat Malam
Mesti
makan lewat malam sebelum tidur ? Ini tabiat yang
kurang baik. Makan lewat malam bererti anda mendapat
banyak tenaga daripada makanan itu, tetapi anda tidak
menggunakan tenaga tersebut. Apa yang akan terjadi
seterusnya ? Tenaga dari makanan itu akan disimpan
dalam badan anda sebagai lemak!