Makanan
Untuk Gigi Anda
Senyumlah
dan semua orang akan senyum bersama anda! Tetapi anda
tidak akan senyum jika anda mempunyai kaviti atau
gusi berdarah.
Gigi
menjadi kuat jika ada mineral seperti kalsium, fosforus,
magnesium dan fluorida. Jadi, anda perlu makan banyak
makanan berkalsium, seperti susu, keju, tauhu, ikan
bilis dan makanan bijirin diperkuat.
Menjaga
Gigi Anda
Anda
harus memberus gigi 3 kali sehari untuk menghalang
gigi anda daripada reput. Gigi yang reput adalah sangat
menyakitkan dan lama-kelamaan akan tercabut.
Selain
memberus gigi, anda juga harus selalu flos gigi anda,
kerana ia membersihkan ruang di antara gigi anda yang
tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi biasa. Jangan
makan terlalu banyak makanan yang manis dan bergula,
kerana gula menyebabkan kerosakan gigi. Jika anda
ingin menikmati snek manis, anda harus berkumur atau
memberus gigi anda selepas itu.
Ingatlah…
doktor gigi adalah teman setia anda. Pergilah berjumpa
selalu !
|
Masalah
& Rawatan Gigi
|
|
Inilah
beberapa masalah yang akan dihadapi jika
anda tidak menjaga gigi anda dengan baik:
- Kaviti
– Gigi anda akan reput dan lubang akan
kelihatan. Walaupun ini disebabkan oleh
bakteria, kekurangan kalsium dalam diet
anda juga boleh meningkatkan risiko
anda mendapat kaviti.
- Pulpitis
– Pulpa gigi anda menjadi radang dan
menyebabkan sakit teruk.
- Gingivitis
– Gusi anda menjadi bengkak dan mudah
berdarah. Adakalanya, kekurangan vitamin
C menyebabkan skurvi, yang mungkin menyebabkan
gingivitis.
Jadi,
jika anda mengalami masalah gigi, cepatlah
berjumpa doktor gigi!
|
|