Adakah Ini Cara
  Anda Makan?
 
   Makanan
  Untuk Anda
  

Ke Arah Perjalanan hidup yang SIHAT!

Selamat datang ke dunia siber tentang makanan dan pemakanan sihat – khusus untuk remaja ! Anda boleh mengetahui lebih banyak tentang pemakanan sihat, mendapat petua menarik serta ‘download’ bahan percuma dan yang menyeronokkan. Inilah laman web tentang pemakanan sihat yang paling menarik dan berinformasi!

BahAn Yang Menyeronokkan
Daftarlah Sebagai Rakyat nutriWEB
Masukkan Nama Anda
Masukkan Alamat E-mail
Subscribe Un-Subscribe
  
Maklumat ini adalah sulit dan tidak akan didedahkan kepada sesiapapun.


Makanan khas untuk otak ?

  Tiada suatu makanan yang boleh menjadikan anda cerdik atau lebih bijak. Jadi, jangan tertipu oleh ‘makanan kesihatan’ atau ‘makanan khas untuk otak’ yang mendakwa boleh menjadikan anda lebih pintar.  

 


Pemakanan Seimbang, Cara Seronok

Pemakanan sihat akan menyumbangkan segala zat-zat makanan yang anda perlukan untuk Membesar dan Memajukan diri seterusnya dalam hidup! Dengan diet yang seimbang, anda boleh membesar untuk mencapai potensi anda sepenuhnya dan membentuk badan dan minda anda supaya berjaya dalam segala bidang yang diceburi.  




Badan Bertenaga Untuk Berseronok

Anda ingin keluar berseronok dengan kawan-kawan, bersukan, menolong ibubapa membuat kerja rumah dan melayari laman web menarik – dan selain itu, anda perlu menghabiskan kerja sekolah anda juga. Wau! Adakah anda cukup bertenaga untuk melakukan semua aktiviti itu? Anda akan penuh bertenaga dan bersemangat jika anda makan pada masa yang tetap!

 




Badan Sihat, Hidup Seronok

  Kesihatan anda adalah sesuatu yang anda boleh kawal! Jika anda bijak menjaga kesihatan anda, anda tidak akan sering jatuh sakit. Anda tidak akan ketinggalan segala yang seronok di sekolah atau dengan kawan. Anda juga akan bersemangat dan bertenaga di sekolah, sama ada untuk pelajaran atau aktiviti-aktiviti kokurikulum. Bukan itu sahaja, kawan-kawan dan guru-guru anda pasti akan mengagumi wajah anda yang sentiasa sihat berseri.
 

Copyright © 2000-2001 Nutrition Society of Malaysia. Website developed by MIMCED