>> Home > General Public > Nutriteen > Wajah Menarik> Menjaga Badan Anda


MENJAGA BADAN ANDA

Sayangilah Badan Anda

Ingin secantik supermodel atau setegap seorang atlit bertaraf antarabangsa? Bukan anda sahaja yang bermimpi sebegini.

Tapi anda harus menerima hakikatnya. Anda harus menerima, menyayangi dan menghormati diri anda. Anda istimewa dan patut memberi yang terbaik untuk badan anda.

Apakah Jenis Bentuk Badan Anda?

Kita semua mempunyai bentuk dan saiz yang berlainan. Biasanya ada tiga cara untuk mengkategorikan bentuk badan. Yang manakah anda?

  • “Ektomorph” – orang yang tinggi, kurus dan kurang lemak badan
  • “Mesomorph” – orang yang mempunyai pinggang yang lebih kuncup daripada bahu
  • “Endomorph” – orang yang mempunyai pinggang yang lebih lebar daripada bahu

Sebenarnya, jenis bentuk badan anda tidak penting. Yang penting adalah anda mesti mengekalkan berat badan yang sihat. Adalah lebih senang untuk menjaga berat badan anda daripada mengubah jenis bentuk badan anda.

Apakah berat badan anda ?

Bagaimana anda tahu jika berat badan anda sihat atau tidak?

Pakar pemakanan menggunakan sejenis skala yang dipanggil IJT – Body Mass Index atau Indeks Jisim Tubuh – untuk menentukan berat badan sihat. IJT memberitahu anda sama ada berat badan anda berkurangan, berlebihan atau sihat untuk ketinggian anda.

Gunakan kalkulator di bawah ini untuk mengetahui IJT anda.

Berat Badan Sihat

Tahniah! IJT anda berada dalam julat yang sihat. Kekalkan berat badan ini dengan mengikuti diet yang seimbang, makan pada waktu yang tetap dan bersenam selalu.

TERLALU KURUS, TERLALU GEMUK – APAKAH TANGGAPAN ANDA TERHADAP DIRI ANDA?


Baguslah jika BMI anda dalam julat yang sihat. Tetapi adakah anda masih berasa bahawa anda terlalu kurus atau terlalu gemuk? Adakah anda berasa sedih, malu atau kecewa dengan badan anda?

Perasaan negatif seperti ini tidak sihat. Anda akan berasa begitu teruk sehingga mengambil langkah yang tidak wajar – seperti berdiet atau mengambil pil untuk menambahkan berat badan, makanan tambahan lain dan juga ubat.

Hey, anda mempunyai BMI yang sihat. Ini bermakna bahawa badan anda sihat. Anda harus berasa positif dan gembira.

Jika anda ingin menjadi lebih cergas, lebih langsing dan lebih kuat, baguslah! Tetapi lakukan ini kerana anda menyayangi badan anda, bukan kerana anda membencinya.

Bersenamlah selalu; ia akan menguatkan otot dan badan anda. Untuk mendapat hasil yang baik, anda juga mesti makan pada masa yang tetap, makan mengikut keperluan fizikal anda dan pilih makanan yang berkhasiat. Akhirnya, ingat: kesabaran adalah penting; berilah badan anda masa yang cukup untuk menjadi kuat dan sihat.

Sayangilah badan anda dan jaganya dengan baik. Badan anda adalah anda.

+ Jika berat badan anda BERLEBIHAN | BERKURANGAN

 

Bacaan lain

 

Kad Ucap NutriWEB!
Dengan bangganya nutriWEB mempersembahkan Kad Ucap NutriWEB, suatu perkhidmatan kad ucap elektronik yang percuma.
Anda boleh mengirim kad ucap sekarang juga melalui nutriWEB Malaysia!

Peraduan NutriTEEN

Memenagi hadiah menarik ! Sertailah Peraduan nutriTEEN yang cukup menarik dan mencabar sekarang.


Gelintar laman ini







 

Daftarlah Sebagai Rakyat nutriWEB
Masukkan Nama Anda
Masukkan Alamat E-mail
Subscribe Un-Subscribe
  
Maklumat ini adalah sulit dan tidak akan didedahkan kepada sesiapapun.

Copyright © 2000-2001 Nutrition Society of Malaysia. Website developed by MIMCED