KULIT
YANG SIHAT
Jika
anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang
pasti akan mengagumi anda.
Kulit
yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran
matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki
badan anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan badan
anda, jadi jagalah ia dengan baik.
BENARKAH
ADA MAKANAN KHAS UNTUK KULIT?
Anda
tidak memerlukan banyak losyen atau kosmetik untuk
mempunyai kulit yang cantik atau sihat. Makanan
juga mempunyai banyak nutrien semulajadi yang bagus
untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit
anda mendapati nutrien-nutrien ini ialah dengan
mengikuti cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan
meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda.
|
Nutrien
Untuk Kulit Anda
|
Untuk
kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran
berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan
berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging
dan makanan laut yang mengandungi vitamin
A, C dan B6, dan mineral zink.
|
|
MASALAH
BIASA KULIT
“Alamak!
Jerawat!!”
Jerawat
dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami
oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa
akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat,
tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan
jika anda risau.
Masalah
kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti
cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda
tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran
untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting,
anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit
kulit yang lain.
CARA
JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL
Cara-cara
yang senang untuk menjaga kulit anda:
Jika
anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui
lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda
harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor
yang pakar dalam penjagaan kulit).
|
Adakah
Ini Benar?
|
|
Mitos
#1: Jerawat disebabkan oleh memakan
coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains
berkata bahawa coklat atau gula-gula
tiada kena-mengena dengan jerawat atau
akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan
yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi
untuk mengubati masalah akne anda.
Mitos
#2: Mengambil makanan berminyak
menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak
seperti makanan segera, piza, kentang
goreng atau kacang tidak menyebabkan
jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.
Mitos
#3: Mengambil pil-pil untuk kulit
boleh membantu kulit saya menjadi lebih
sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan
saintifik yang membuktikan bahawa pil
atau vitamin untuk kulit boleh secara
ajaib memberi anda kulit yang sihat
atau mengubati masalah kulit anda. Anda
hanya perlu makan makanan yang berkhasiat
dan makan pada masa yang tetap untuk
mendapat semua nutrien yang diperlukan
oleh badan anda.
Mitos
#4: Meletakkan makanan, seperti
timun, putih telur atau jus aloe vera,
pada kulit saya boleh membantu kulit
saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien
makanan tidak berfungsi dengan begitu
mudah pada badan atau kulit anda. Cara
yang paling baik untuk mendapat faedah
daripada makanan ialah dengan memakannya.
|
|