JIKA BERAT BADAN ANDA BERKURANGAN …….
Mungkin
anda asyik makan dan makan, tetapi berat badan
anda tidak bertambah. Jika begitu, anda mungkin
mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Dalam
lain perkataan, anda adalah ‘pembakar tenaga’
yang sangat cekap.
Jika
berat badan anda berkurangan, anda harus mula
meningkatkannya kepada berat badan yang sihat!
Bagaimana melakukannya?
-
Makan
lebih banyak untuk menambahkan jumlah kalori.
-
Jangan
makan terlalu banyak. Sebaliknya, makan lebih
kerap sepanjang hari. Ambillah sarapan pagi,
makan tengahari, makan malam, dan ambillah
snek yang sihat untuk mengalas perut.
-
-
Pilihlah
makanan yang ‘tumpat nutrien’, maknanya makanan
yang penuh berkhasiat, seperti susu dan putih
telur.
-
Jika
anda ingin mengikuti diet protein-tinggi atau
mengambil pil untuk menambahkan berat badan,
anda harus berbincang dengan doktor, pakar
pemakanan atau pakar diet dahulu.
-
Bersenamlah
selalu. Ya, senaman boleh membantu! Ia meningkatkan
selera makan anda. Anda akan mendapat lebih
tenaga daripada membakar tenaga.
-
Dapatkan
cukup tidur. Apabila anda tidur, anda menyimpan
tenaga.
ADAKAH
ANDA MENGHIDAPI GANGGUAN CARA MAKAN?
Terdapat
beberapa sebab seseorang boleh mempunyai berat
badan yang berkurangan. Salah satu sebab adalah
mengikuti diet yang tidak sihat. Satu sebab lagi
mungkin adalah gangguan cara makan – anoreksia
atau bulimia.
Anda
dikatakan menghidapi anoreksia jika anda sering
enggan makan kerana menganggap diri terlalu gemuk.
Bulimia pula ialah apabila anda makan sangat banyak
pada satu masa, selepas itu muntah atau mencaharnya
keluar.
Jika
anda menghidapi gangguan cara makan, ia mungkin
kerana anda mempunyai harga diri yang rendah dan
hanya mempunyai keyakinan diri apabila dapat mengawal
badan anda. Mungkin anda menghadapi tekanan daripada
keluarga, kawan-kawan atau guru-guru anda. Mungkin
juga anda dipengaruhi oleh majalah fesyen, iklan
atau wayang gambar yang selalu menunjukkan model
atau pelakon yang kurus lampai dan penuh glamor.
Gangguan
cara makan seperti ini adalah sangat merbahaya
dan mungkin boleh membawa maut. Jadi, jika anda
mempunyai masalah ini, atau anda mengenali sesiapa
yang mengalami masalah ini, pergilah berjumpa
doktor dengan segera.