Adakah
anda jelak dengan ejekan orang lain tentang
berat badan anda? Adakah anda berasa bahawa
hidup anda akan lebih seronok, atau anda akan
mempunyai lebih kawan-kawan…jika anda tidak
begitu gemuk?
Di
sini, anda boleh mula mengatasi masalah berat
badan anda.
Belajarlah
tentang makanan, pemakanan, senaman dan berat
badan yang sihat. Dengan pengetahuan yang
cukup dan kawalan diri, anda akan dapat mengurangkan
berat badan dengan cara yang sihat.
Hadapi
cabaran ini dan ikutilah nasihat yang diberikan
di bawah. Ambillah tanggungjawab terhadap
hidup anda hari ini. Anda harus berasa positif
terhadap diri anda.
KETIKA
MENINGKAT USIA
Masalah
kegemukan mungkin menyebabkan anda berasa
sakit hati atau malu sekarang. Tetapi apabila
anda meningkat usia nanti, kegemukan akan
menimbulkan pelbagai masalah yang sangat serius.
Di bawah adalah beberapa masalah yang boleh
timbul.
-
Selalu
berasa letih
-
Tidak dapat tidur nyenyak
-
Selalu berpeluh
-
Sesak
nafas
-
Berdengkur
-
Sakit
di bahagian bawah belakang
-
Sakit
di pinggul dan lutut
|
Masalah
emosi
Masalah
kesihatan
- Penyakit
jantung
-
Strok
- Tekanan
darah tinggi
- Diabetis
- Beberapa
jenis kanser
|
Perhatikan
Tabiat Makan Anda
Biasanya
tabiat makanan yang kurang sihat adalah punca
masalah kegemukan anda, kecuali dalam kes-kes
luar biasa yang melibatkan hormon badan. Cuba
tanya diri sendiri:
Jika
jawapan anda bagi soalan-soalan ini adalah
‘ya’, tidak hairanlah berat badan anda berlebihan.
Makanan
membekalkan tenaga yang disukat dalam kilokalori
(1000 kalori = 1 kilokalori). Apabila anda
makan terlalu banyak, anda membebankan diri
anda dengan kalori dan tenaga yang berlebihan
daripada yang diperlukan. Ini juga akan berlaku
apabila anda makan terlalu banyak makanan
bertenaga tinggi, seperti makanan yang mengandungi
banyak lemak, minyak dan gula.
Ke
mana perginya semua tenaga berlebihan ini?
Ia disimpan sebagai lemak badan di bawah kulit
anda, pada perut anda, keliling pinggang dan
tangan anda, dan di luar organ dalaman anda.
Masalah
kegemukan bukannya satu misteri. Ia berlaku
kerana anda mengambil tenaga berlebihan yang
terpaksa disimpan sebagai lemak.
“TETAPI
SAYA MENGAWASI APA YANG SAYA MAKAN !”
Mungkin
anda kata begitu, dan ianya mungkin betul.
Anda mungkin makan secara sederhana, tetapi
masih gemuk. Kenapa ini berlaku?
Jawapannya
senang sahaja. Tenaga yang didapati daripada
makanan perlu digunakan. Jika tidak, ia akan
menjadi lemak badan. Anda mungkin tidak melakukan
aktiviti fizikal atau senaman yang cukup untuk
membakar tenaga yang berlebihan dalam badan
anda.
Perhatikan
Tabiat Makan Keluarga Anda
Berat
badan anda mungkin dipengaruhi oleh asuhan
keluarga anda. Tabiat makan terlalu banyak,
menggemari makanan berlemak atau manis, cara
bersnek yang tidak sihat dan kurang bersenam
– semua ini mungkin cara hidup keluarga anda.
Jika
anda telah mewarisi tabiat seperti ini, jangan
bimbang. Anda masih boleh mengubah kepada
tabiat makanan yang lebih sihat dan menjadi
teladan yang baik kepada ahli keluarga anda.
Kawal
Apa dan Bagaimana Anda Makan
Jika
berat badan anda berlebihan sedikit, anda
harus mengambil langkah untuk mengurangkannya
sebelum ia menjadi masalah besar.
Hadkan
kuantiti yang anda makan setiap hari secara
beransur-ansur, terutamanya makanan berlemak.
Libatkan diri dalam senaman dan sukan dan
lakukan sebanyak aktiviti fizikal yang boleh.
Jangan
hadkan kuantiti makanan anda secara tiba-tiba.
Ingatlah bahawa badan anda memerlukan makanan;
jadi jangan makan kurang daripada yang diperlukan.
Jika
masalah berat badan anda adalah serius, jumpalah
doktor, pakar pemakanan atau pakar diet. Mereka
adalah pakar-pakar yang boleh menasihati anda
tentang cara pemakanan yang sihat dan boleh
membantu anda mengurangkan berat badan anda.
|
BAHAYA
MENGHADKAN MAKANAN
|
|
Jika
anda ingin mengurangkan berat
badan dengan cepat, pertimbangkan
kesan-kesannya. Ia mungkin boleh
membahayakan kesihatan anda.
DIET
‘YO-YO’
Bersilih
ganti antara tidak makan dan/atau
makan terlalu banyak. Oleh sebab
anda tidak makan, anda akan lebih
cenderung makan terlalu banyak
kemudiannya kerana berasa kelaparan.
DIET
SECARA TIBA-TIBA – ‘CRASH DIET’
Menghadkan
jumlah makanan secara drastik.
Anda tidak akan mendapat membekalkan
nutrien yang diperlukan oleh badan
anda.
MAKANAN
DAN MINUMAN PELANGSING – ‘SLIMMING
FOODS & BEVERAGES’
Makanan
dan minuman yang menggantikan
makanan biasa. Makanan seperti
ini tidak mengandungi nutrien
daripada semua kumpulan makanan
yang diperlukan oleh badan anda.
PENGHALANG
LEMAK – ‘FAT BLOCKERS’
Pil-pil
yang dikatakan boleh menghalang
badan anda menyerap lemak daripada
makanan. Lebih baik anda makan
kurang lemak daripada mengambil
pil seperti ini!
DIET
KALORI RENDAH
Makanan
rumusan khas yang membekalkan
hanya 800 kilokalori untuk sepanjang
hari. Bandingkan jumlah ini dengan
2000 kilokalori atau lebih yang
diperlukan oleh remaja yang aktif
dan sihat setiap hari.
DIET
KALORI SANGAT RENDAH
Menggantikan
makanan biasa sepanjang hari dengan
diet yang hanya mengandungi 400
kilokalori. Diet seperti ini hanya
patut diambil jika dinasihatkan
oleh doktor, kerana ia sangat
ekstrem.
UBAT
ANTI-OBES
Sesetengah ubat ini mempunyai
kesan pada otak, dan sesetengah
mempunyai kesan pada sistem penghadaman.
Doktor biasanya hanya memberikan
ubat-ubat ini untuk merawat orang
yang sangat gemuk atau obes.
|
|
Senaman
untuk kurangkan berat badan !
Mengurangkan
berat badan bukannya senang. Anda perlu mengurangkan
500 kilokalori sehari hanya untuk mengurangkan
0.5 kg berat badan anda dalam seminggu. Adalah
lebih mudah jika anda kurangkan makan DAN
lebih kerap bersenam.
Sedia
menyingkirkan berat yang berlebihan? Jadual
di bawah boleh menunjukkan berapa banyak senaman
yang anda perlu buat, supaya anda boleh mengurangkan
beberapa kilogram.
Jadual
Penggunaan Tenaga:
Membakar
apa yang anda makan ?
| |
Burger Daging
(Biasa)
|
Nasi
Putih
(1 Cawan)
|
Drumstick
(1 Ketul)
|
Roti
Canai
(1 Keping)
|
Nasi
Lemak
(1 Piring)
|
|
Lelaki
(55 kg, 17 thn)
|
|
Berjalan
|
105
minit
|
55
minit
|
35
minit
|
99
minit
|
129
minit
|
|
Bersukan
|
71
minit
|
37
minit
|
24
minit
|
67
minit
|
88
minit
|
|
Perempuan
(42 kg, 17 thn)
|
|
Berjalan
|
114
minit
|
60
minit
|
38
minit
|
108
minit
|
141
minit
|
|
Bersukan
|
88
minit
|
46
minit
|
30
minit
|
83
minit
|
108
minit
|
APABILA
MAKANAN MENGGODAI ANDA
Makan
memanglah seronok. Tetapi jika anda sedang
cuba mengurangkan berat badan, anda perlu
mengawasi apa dan bagaimana anda makan. Cuba
fikirkan: sebungkus kentang goreng 50g membekalkan
264 kilokalori tenaga. Adakah anda hendak
melepaskan peluang makan kentang goreng itu,
atau adakah anda hendak melakukan aktiviti
fizikal seperti berjalan dengan cepat untuk
________minit untuk memastikan bahawa tenaga
berlebihan itu tidak ditukar menjadi lemak
badan?
+
Jika berat badan anda BERLEBIHAN
| BERKURANGAN