Tahun-tahun
Remaja
Anda
mungkin belum lagi setinggi atau sematang kawan-kawan
anda. Atau anda mungkin sudah lebih tinggi daripada
mereka semua. Mungkin anda berasa pelik kerana
badan anda sedang berubah (misalnya, anda sudah
mendapat haid anda, jika perempuan; atau suara
anda sedang berubah, jika lelaki).
Jangan
bimbang! Semua perubahan ini adalah sebahagian
daripada proses membesar. Masa inilah anda akan
menjadi lebih tinggi dan lebih berat, adakalanya
pada kadar yang sangat cepat. Anda akan membesar
paling cepat pada umur 10-12 tahun (jika anda
perempuan), atau 12-14 tahun (jika anda lelaki).
Perempuan boleh membesar sebanyak 8cm pada satu
masa, manakala lelaki boleh membesar sebanyak
10cm. Kita semua membesar pada kadar yang berlainan.
Jadi, jangan risau!
Makan
Untuk Membesar
Semua
nutrien adalah penting untuk badan anda. Karbohidrat
memberi tenaga, protein membina otot, kalsium
menguatkan tulang….dan sebagainya.
Tiada
satu jenis makanan atau makanan tambahan yang
boleh menjadikan anda menjadi besar dan kuat.
Cara yang paling baik ialah dengan mengikuti cara
pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.