JANGAN MEROKOK!
Merokok
Membawa Maut
Merokok
adalah tabiat yang tidak sihat, ia menyebabkan gigi,
jari dan kuku anda menjadi kuning, dan ia boleh
membahayakan kesihatan anda. Dengan sekali hisap,
anda menyedut lebih daripada 4000 bahan kimia beracun.
Nikotina dalam rokok boleh menyebabkan kanser peparu,
kanser mulut dan penyakit kronik yang lain. Malah
ahli sains juga menegaskan bahawa orang yang tidak
merokok terdedah kepada bahaya yang lebih besar
apabila mereka menyedut asap rokok dari perokok
lain.
Ia
juga membazir duit. Seorang perokok yang menghisap
sekotak rokok sehari (berharga RM4), membelanjakan
lebih kurang RM1,300 setahun untuk membeli rokok
– jumlah ini boleh digunakan untuk membeli 30 CD
yang asli! Jadi hargailah kesihatan anda…jangan
merokok.
|
ASAP
DARIPADA PEROKOK LAIN
|
|
Adakah
anda berasa loya apabila dikelilingi
kawan-kawan, ahli keluarga atau orang
lain yang sedang merokok? Anda berasa
sesak nafas dan udara di keliling anda
berbau busuk.
Selain
mencemarkan udara, penyelidikan saintifik
menunjukkan bahawa menyedut asap perokok
lain adalah sama bahaya jika anda sendiri
adalah seorang perokok. Sesetengah pakar
juga berpendapat bahawa asap ‘second-hand’
boleh meningkatkan risiko menghidapi
penyakit jantung.
Cara
yang paling baik ialah untuk menghindari
orang apabila mereka merokok.
|
|