>> Home > General Public > Nutriteen > Wajah Menarik


WAJAH MENARIK

Anda boleh menampilkan wajah yang menarik, dengan mengikuti cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Ikutilah petua berikut untuk mengetahui bagaimana caranya!

     

Permulaan Persahabatan


Liza berasa sedih dan kesunyian di sekolah barunya. Dia tidak mengenali sesiapa, dan merindui kawan-kawan di sekolah lamanya.

Ketika itu, seorang gadis mendekati Liza dan bersenyum ke arahnya, lalu bertanya, “Nak berkongsi biskut?” Liza berasa begitu gembira sekali.

Selepas itu, mereka berdua menjadi kawan karib. Kadangkala, mereka akan melepak di rumah satu sama lain untuk menonton televisyen dan berborak sambil menikmati snek berkhasiat, seperti buah-buahan dan biskut.

Berkongsi makanan dengan kawan-kawan amat seronok sekali, dan anda juga boleh mempelajari tabiat makan sihat daripada mereka. Jadi, kongsilah nasihat yang didapati dari laman web ini dengan kawan-kawan anda. Mereka tentu akan menghargainya.

 

Bacaan lain