Malaysian Journal of Nutrition

MALAYSIAN JOURNAL OF

NUTRITION

Official publication of
the Nutrition Society of Malaysia

Since March 1995


September 1995, Volume 1 No. 2

ARTICLE 3

Taraf pemakanan kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun di FELDA Sg. Koyan, Pahang
(Nutritional status of children aged one to six years in Sg. Koyan FELDA in Pahang)

Soon Suat Duan dan Khor Geok Lin
Department of Nutrition and Community Health, Faculty of Human Ecology, Universiti Pertanian Malaysia, 43400 Serdang

ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai taraf pemakanan kanak-kanak di FELDA Sungai Koyan, Pahang. Ukuran antropometri telah dijalankan di atas 105 orang kanak-kanak yang terdiri daripada 62 lelaki dan 43 perempuan berumur 12 hingga 72 bulan. Daripada jumlah kanak-kanak tersebut, maklumat pengambilan makanan ke atas seramai 84 kanak-­kanak yang berumur 4 hingga 6.9 tahun dilaksanakan. Faktor sosio-ekonomi yang dapat mempengaruhi taraf pemakanan kanak-kanak juga dikaji. Hasil ukuran antropometri kanak-kanak mendapati sebanyak 14.3% (n=15) kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan, 10.5% (n=11) kebantutan dan 2.9% (n=3) kesusutan berdasarkan Rujukan NCHS, manakala terdapat 28.6% (n=30) kanak­-kanak mempunyai ukuran lilitan lengan kiri yang rendah berdasarkan rujukan Frisancho yang menandakan kekurangan simpanan kalori dan protein. Dari segi kajian diet bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 4-6.9 tahun, purata pengambilan kalori, kalsium, niasin dan tiamin adalah bawah paras yang disyorkan untuk Malaysia. Walau bagaimanapun, pengambilan protein, ferum, vitamin A, riboflavin dan vitamin C adalah melebihi paras saranan. Dari segi kekerapan pengambilan makanan, kajian menunjukkan jenis makanan yang paling kerap diambil adalah seperti nasi, ikan, susu dan daging. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga kerap diambil oleh kanak-kanak. Berdasarkan kepada ujian korelasi Pearson terdapat perkaitan yang bererti antara taraf pemakanan kanak-kanak (berat ikut umur dan ketinggian ikut umur) dengan pendidikan ibu dan bilangan anak, manakala tahap pengetahuan pemakanan ibu juga menunjukkan perkaitan yang bererti di antara taraf pemakanan kanak-kanak (berdasarkan berat ikut umur).

Pengambilan kalori yang tidak mencukupi merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan malnutrisi protein-­tenaga. Masalah ini juga dipengaruhi oleh faktor sosio-­ekonomi seperti tahap pendidikan dan pengetahuan pemakanan ibu serta bilangan anak dalam isirumah. Ibubapa seharusnya digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menambahkan pengetahuan pemakanan dan menggalakkan amalan pemakanan yang baik. Pihak FELDA digalakkan mengadakan lebih aktiviti tersebut.


Full Article >>

 


 
March 1995, Vol1 No.1
September 1995, Vol1 No.2
March 1996, Vol2 No.1
September 1996, Vol2 No.2
March 1997, Vol3 No.1
September 1997, Vol3 No.2
December 1998, Vol4 No.1&2
December 1999, Vol5 No.1&2
March 2000, Vol6 No.1
September 2000, Vol6 No.2
Mar/Sept 2001, Vol7 No.1&2
March 2002, Vol8, No.1
September 2002, Vol8, No.2

March 2003, Vol9 No.1

Please note that you need to have Acrobat Reader 3.0 or 4.0 to download and view the articles. If you do not have a copy, click onto the ADOBE logo here to  get a copy of the software

MALAYSIAN JOURNAL OF NUTRITION

Guidelines for submitting manuscripts. more detail >>

 
   

Copyright© Nutrition Society of Malaysia. Website jointly developed by MIMCED and Versacomm Sdn Bhd.