 |
|
MALAYSIAN JOURNAL
OF |
|
NUTRITION |
Official publication of
the Nutrition
Society of Malaysia
Since March 1995
|
September 1997, Volume 3 No. 2
ARTICLE 2
Faktor risiko di kalangan
pesakit penyakit jantung koronari di Institut Jantung Negara, Kuala
Lumpur
(Risk factors among
coronary heart disease patients in the National Heart Institute,
Kuala Lumpur)
Lam YL dan Khor GL
Department of Nutrition and Community Health, Faculty of
Medicine and Health Science, Universiti Putra Malaysia
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap penyakit
jantung koronari serta faktor-faktor risiko (CHD) di kalangan
pesakit CHD di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Subjek
kajian ini merupakan semua pesakit penyakit jantung koronari yang
mendapat rawatan perubatan di IJN dalam jangkamasa kajian ini
dijalankan, iaitu antara 5 Mei 1997 dan 24 Mei 1997. Seramai 105
orang pesakit telah ditemubual dengan menggunakan borang soal
selidik. Kajian ini meliputi empat faktor risiko penyakit jantung
koronari iaitu pengambilan makanan, amalan merokok, pengambilan
alkohol dan aktiviti fizikal. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
majoriti pesakit (92.4%) berumur 45 tahun dan ke atas. Kebanyakan
pesakit (85.7%) mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah
kesihatan kronik seperti diabetes mellitus dan hipertensi sebelum
dimasukkan ke IJN. Hasil kajian mendapati min jumlah kolesterol
darah bagi pesakit adalah 6.1 (1.3mmol/L dan seramai 75.2%
adalah hiperkolesterolemik (5.2 mmol/L). Min tekanan darah sistolik
adalah 151.2 (27.5mmHg. Min bagi indeks jisim tubuh di kalangan
pesakit adalah 25.9 (3.9kg/m2 dan seramai 58.1% berlebihan berat
badan (BMI (25.0). Selain itu, didapati setengah daripada pesakit
(49.6%) pernah merokok tetapi hanya 8.6% yang masih merokok.
Daripada 56 orang pesakit yang bukan Muslim, seramai 9 orang (16.1%)
sentiasa meminum alkohol. Kebanyakan pesakit mengatakan hanya
berjalan sebagai senaman yang dilakukan. Didapati juga kebanyakan
pesakit memakan nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan hampir setiap
hari. Hasil kajian ini menunjukkan perhubungan yang signifikan di
antara (i) tahap pengetahuan dengan sikap terhadap faktor risiko CHD
(r=0.624, p<0.001), (ii) tahap pengetahuan dengan amalan pencegahan
terhadap faktor risiko CHD (r=0.316, p<0.0 1) dan (iii) sikap dengan
amalan pencegahan terhadap faktor risiko CHD (r=0.234, p<0.05).
Dicadangkan bahawa lebih banyak maklumat mengenai penyakit jantung
koronari serta faktor-faktor risikonya perlu disebarkan kepada orang
ramai supaya mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan seterusnya
dapat mengamalkan cara gaya hidup yang sihat.
Full
Article >>
|
|
 |
|
March
1995, Vol1 No.1 |
|
September
1995, Vol1 No.2 |
|
March
1996, Vol2 No.1 |
|
September
1996, Vol2 No.2 |
|
March
1997, Vol3 No.1 |
|
September
1997, Vol3 No.2 |
|
December
1998, Vol4 No.1&2 |
|
December
1999, Vol5 No.1&2 |
|
March 2000, Vol6 No.1 |
|
September 2000,
Vol6 No.2 |
| Mar/Sept 2001,
Vol7 No.1&2 |
|
March 2002, Vol8, No.1 |
|
September 2002, Vol8, No.2 |
|
|
March 2003, Vol9 No.1 |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
|
| |
|
|
|
Please note that you need to have Acrobat
Reader 3.0 or 4.0 to download and view the articles. If you do not
have a copy, click onto the ADOBE logo here to get a copy of
the software

 |
|
MALAYSIAN JOURNAL OF NUTRITION |
|
Guidelines for submitting manuscripts.
more detail >> |
|
|
|
|