 |
|
MALAYSIAN JOURNAL
OF |
|
NUTRITION |
Official publication of
the Nutrition
Society of Malaysia
Since March 1995
|
March 2000, Volume 6 No. 1
ARTICLE 7
Perkaitan di antara Pengambilan Kalsium
dan Faktor-faktor Gaya Hidup dengan Status Kesihatan Tulang di Kalangan
Wanita Selepas Menopaus
Foo Leng Huat dan Zaitun Yassin
Department of Nutrition and
Health Science, Faculty of Medicine and Health Sciences, Universiti
Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara pengambilan
kalsium dan faktor-faktor gaya hidup dengan status kesihatan tulang di
kalangan 56 wanita selepas menopause di Kelab Warga Tua Evergreen,
Petaling Jaya. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk pemilihan
sample kajian. Kepadatan mineral tulang (KMT) di bahagian femur
proksimal dan lumbar L2-L4 diukur melalui kaedah Dual Energy X-ray
Absorptionmetry (DEXA) di klinik KVOTC, Subang Jaya. Sesi temubual
dijalankan berpandukan borang soal selidik dan diikuti dengan pengukuran
antropometri. Hasil kajian menunjukkan min umur responden ialah 64.0
tahun. Min berat badan dan ketinggian responden ialah masing-masing
53.7kg dan 1.55meter. Secara keseluruhannya, min indeks jisim tubuh (IJT)
di kalangan responden adalah memuaskan (22.4 kg/m²) dengan hanya 17.9%
dikategorikan sebagai berlebihan berat badan (>25 kg/m²). Min
pengambilan kalsium keseluruhan ialah 807.31 mg dan kira-kira 76.2%
disumbangkan daripada pengambilan makanan. Kebanyakan responden (83.9%)
dapat memenuhi saranan pengambilan kalsium mengikut RDA untuk Malaysia.
Min KMT pada bahagian lumbar, leher, wards dan trokanter ialah 0.983 ±
0.178 g/cm², 0.745 ± 0.126 g/cm², 0.604 ± 0.150 g/cm² dan 0.674 ± 0.127
g/cm² masing-masing. Kira-kira 32.1% responden dikategorikan
osteoporosis pada bahagian wards, manakala 10.7% masing-masing
diklasifikasikan osteoporosis pada bahagian lumbar L2-L4 dan leher
femur. Hampir separuh responden mengalami jisim tulang rendah pada leher
(53.6%) dan wards (50.0%), dan di bahagian femur proksimal dan bahagian
lumbar L2-L4 (53.6%). Ujian pekali Pearson menunjukkan korelasi negatif
yang signifikan di antara umur dengan KMT pada bahagian leher (r =
-0.419, p<0.01) dan wards (r = -0.356, p<0.01). Bagi IJT, terdapat
perkaitan positif yang signifikan dengan KMT pada bahagian leher (r =
0.299, p<0.05) dan trokanter (r = 0.297, p<0.05). Selain itu, kekuatan
genggaman tangan kanan meningkat secara signifikan dengan KMT pada
bahagian leher (r = 0.498, p<0.001), wards (r = 0.394, p<0.01) dan
trokanter (r = 0.369, p<0.01), sementara KMT pada bahagian leher (r =
0.291, p<0.05) sahaja menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan
kekuatan genggaman tangan kiri. Terdapat perkaitan negatif yang
signifikan di antara jangkamasa selepas menopaus dengan KMT pada
bahagian leher (r = -0.419, p<0.01) dan wards (r = -0.363, p<0.01).
Pengambilan suplemen kalsium mempunyai perkaitan positif yang signifikan
dengan KMT pada bahagian lumbar (r = 0.302, p<0.05). Secara
keseluruhannya, jumlah pengambilan kalsium meningkat secara signifikan
dengan KMT pada bahagian trokanter (0.265, p<0.05), wards (r = 0.296,
p<0.05) dan lumbar (r = 0.338, p<0.05). Bagi aktiviti fizikal pula,
jangkamasa melakukan aktiviti fizikal dalam seminggu meningkat secara
signifikan dengan KMT pada semua bahagian femur iaitu wards (r = 0.277,
p<0.05), leher (r = 0.315, p<0.05) dan trokanter (r = 0.878, p<0.05) dan
bahagian lumbar (r = 0.531, p<0.05). Walau bagaimanapun, tiada perkaitan
yang signifikan di antara jumlah kafeina yang diambil sehari dengan KMT.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan kalsium dan
aktiviti fizikal adalah penting untuk memperbaiki dan memelihara jisim
tulang di kalangan wanita selepas menopause. Oleh itu, program-program
pendidikan kesihatan dan pemakanan yang sesuai dapat dirangka untuk
mencegah penyakit osteoporosis bagi mereka yang berisiko tinggi.
Full Article >>
|
|
 |
|
March
1995, Vol1 No.1 |
|
September
1995, Vol1 No.2 |
|
March
1996, Vol2 No.1 |
|
September
1996, Vol2 No.2 |
|
March
1997, Vol3 No.1 |
|
September
1997, Vol3 No.2 |
|
December
1998, Vol4 No.1&2 |
|
December
1999, Vol5 No.1&2 |
|
March 2000, Vol6 No.1 |
|
September 2000,
Vol6 No.2 |
| Mar/Sept 2001,
Vol7 No.1&2 |
|
March 2002, Vol8, No.1 |
|
September 2002, Vol8, No.2 |
|
|
March 2003, Vol9 No.1 |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
|
| |
|
|
|
Please note that you need to have Acrobat
Reader 3.0 or 4.0 to download and view the articles. If you do not
have a copy, click onto the ADOBE logo here to get a copy of
the software

 |
|
MALAYSIAN JOURNAL OF NUTRITION |
|
Guidelines for submitting manuscripts.
more detail >> |
|
|
|
|