|
Ambuyat (Masakan Suku
Kaum Bisaya/Brunei)
Hidangan
untuk 5 arang
Bahan A
1 kg (6½
cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air
 Bahan B
600 g ikan
putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin
40 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (2 sm) kunyit hidup ditumbuk kasar
10 g (2 sm) halia
3 g (5 biji) cili padi
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1½ sudu teh) garam
625 ml (2½ cawan) air
Bahan C
500 g (60
pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan
Cara memasak
Bahan A
Cara membuat ambuyat:
-
Sagu dicampur
dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
-
Tuang air dan
masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
-
Bancuh sagu
dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga
sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah
masak).
Bahan B
-
Ikan dibersih dan
dipotong 5 keping.
-
Masak di dalam
periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. Rebus sehingga masak.
Bahan C
-
Panaskan minyak
di kuali dan tumis semua bahan yang ditumis sehingga naik bau.
-
Masukkan sayur
pucuk paku dan garam. Tambah 1/2 cawan air. Masak hingga empuk. Hiaskan
dengan cili merah.
Nota:
-
Ambuyat dimakan
menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus
dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.
-
Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang,
kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
-
Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh
diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak diatas api
sehingga sagu kelihatan jernih.
-
Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas.
Berat satu hidangan:
600 g
|
|
KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING: |
|
Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron |
842 kcal
4.8 g
17.0 g
124 mg
31 mg
6.2 mg |
 |