RESIPI SIHAT :: HEALTHFUL RECIPES :: HOME

Laksa Johor
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
250 g (5 cawan) mee laksa/spaghetti
250 g (2 keping) ikan parang/tenggiri
125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak
60 ml (1/4 cawan) pati santan
15 g (1 sudu makan) kerisik
10 g (2 keping) asam keping
5 g (1 sudu teh) gula pasir
5 g (1 sudu teh) garam kasar
500 ml (2 cawan) air

Bahan-bahan (A) untuk digiling
100 g (1/3 cawan) udang basah, dibuang kulit
50 g (1/2 cawan) udang kering
50 g (1/2 biji) bawang besar
25 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (1 sm) halia
10 g (1 sm) lengkuas
60 g (2 batang) serai, dihiris halus
10 g (1 sm) kunyit hidup
30 g (1 bungkus) rempah kari ikan

Untuk Hiasan
300 g (1 biji) timun, dibuang kulit dan dihiris halus
150 g (1 batang) lobak merah, dihiris halus
100 g (1/2 cawan) kacang panjang, dipotong kecil
90 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat
30 g (2 biji) limau nipis, dipotong serong
250 g taugeh, dibuang ekor
daun kesom dan daun selasih, dihiris halus
1 mangkuk sambal belacan kulit limau nipis

Cara memasak

  1. Giling bahan-bahan (A) sehingga lumat.
  2. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebus ikan. Buang tulangnya dan giling isi hingga halus.
  3. Masukkan bahan-bahan yang bercampur rempah tadi dan air rebusan ke dalam periuk. Jerang air atas api. Kacau rata dan biarkan sehingga garing dan naik baunya.
  4. Masukkan susu rendah lemak dan setelah mendidih beberapa kali, masukkan pati santan dan asam keping.
  5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.
  6. Celurkan mee laksa di dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam. Setelah lembut, angkat dan cuci dengan air sejuk. Toskan segera.
  7. Untuk menghidang, menuang kuah ke atas mee laksa, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan dan perahan air limau nipis.

Berat satu hidangan: 450 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron

418 kcal
8.5 g
25.0 g
208 mg
46 mg
8.8 mg

Copyright Nutrition Society of Malaysia. All rights reserved.
This site is best viewed with I.E. version 5 and above.